Proses pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Label rakaman, stesen TV, stesen radio dan syarikat penerbitan filem bertanggungjawab menyerahkan senarai nama artis yang layak bertanding dalam setiap kategori. Calon-calonnya termasuk kakitangan, selebriti, pelakon, dan penyanyi yang aktif dan berprestasi konsisten dalam bidang masing-masing dalam tempoh kelayakan yang diberikan.[11]

Untuk setiap rangkaian atau stesen radio, pencalonan terhad kepada tiga orang penyampai lelaki dan wanita, apatah lagi stesen radio itu mestilah dapat didengari di sekurang-kurangnya tiga negeri (tidak termasuk radio Internet). Untuk pengacara TV, pencalonan dilayakkan untuk mereka yang menjadi pengacara tetap untuk sesebuah program dalam tempoh sekurang-kurangnya dua musim siarannya.[11]

Pencalonan bagi kategori pelakon filem adalah berdasarkan filem yang sudah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang Finas. Setiap sebuah filem boleh mencalonkan dua pelakon lelaki dan wanita bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular selain untuk kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita.[11]

Sementara itu, syarat bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Dua Popular pula secara umumnya berpandukan kepada peraturan yang diamalkan oleh Anugerah Industri Muzik (AIM). Bagaimanapun, mulai edisi 2007, sedikit kelonggaran diberikan apabila penyanyi atau artis berkumpulan/duo yang boleh dicalonkan mestilah sudah merakamkan satu single atau satu lagu baru.[11]

Pencalonan awal disiarkan di akhbar Berita Harian dan sekutu-sekutunya selama lebih kurang lima minggu berturut-turut, untuk para pembaca memilih lima calon terbaik bagi setiap kategori yang ada. Setelah dimuktamadkan finalis-finalisnya, pusingan kedua undian akan disiarkan untuk semua pembaca untuk memilih seorang sahaja artis bagi setiap kategori. Akhir sekali, para pemenang anugerah diumumkan di majlis gilang-gemilang. Mulai edisi 2009, para peminat juga boleh mengundi melalui SMS.[12]

Rujukan

WikiPedia: Anugerah Bintang Popular Berita Harian http://www.highbeam.com/doc/1P1-82611270.html http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibp... http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/sejara...